~Smile Always~
Sunday, October 30, 2011
G.E.R.A.M
Umur dah tua tapi perangai macam budak-budak..Apa guna belajar tinggi-tinggi tp ikut kata perangai budak tak lulus spm itu..tolong lahh..muka kau mmg mintak penampar...haha..
Monday, July 18, 2011
Hari-hari rasa mahu MC
Setelah hampir 3 tahun bergelar guru, tak pernah lagi aku rasa tahap kepuasan maksimum mengajar. Semua nya hancur apabila apa yg dirancang tak menjadi seperti apa yg dikehendaki ketika di dalam kelas. Tahun ni mmg aku takleh nk tahan sbb tahun ni aku rs aku mengajar kelas paling extreme skali.. jadi guru kelas tu juga plak tu.. oh, aku sgt benci dgn kelas tu.. Paling tak tahan setiap hari mmg masuk kelas tu.. bukan kejap2 masa masuk...sampai 3 masa mostly everyday mengajar amalan bahasa melayu.. aiyokk.. sbb itu rs mcm hari-hari mahu MC sbb sakit hati...huhu..Bayangkan:
- Bila aku bagi kertas utk wat latihan. senang2 je diorang campak kertas tu dlm bakul sampah, wat bola main baling2 kat kwn, pijak2 kertas latihan tu kat lantai dan lain2 lg. Kertas latihan tu kuar duit aku sendiri, mana tak sakit hati. aku bkn berkira utk kuarkan budget utk diorg tapi bila diorg wat cmtu mmg aku sgt berkira sekarang. sia2 aku memikirkan aktiviti yg menarik tp dibuang2 cmtu jer.
- Bila aku berckp di depan, takde sorg pun dgr. yang lain turut berckp mengalahkan frekuensi suara aku. Tenggelam suara cikgu. Yang aku pelik kelas ni mmg tk penah nk diam. setiap masa berckp. Berckp bukan jns slow2 tp mcm nk bg satu skola dgr pdhal kwn dia dok sebelah je. Mana tak sakit hati.
- Bila aku tegur dan marah. Diorg dok melawan balik. Siap jegil mata balik kat ckgu. Ada yg jns siap tendang meja atau kerusi dpn ckgu. paling takleh nak tahan kalau yg jns wat bodo je. macam kt berckp ngan dinding. Tapi dia rancak je bersembang. Wat ckgu mcm tak nmpk. Macam lah dh pandai sgt. Kalau dh pandai tak payah dtg skolah la wei!..emo plak..haha
- Kalau nk list down mmg byk lg. tapi ini la perkara utama yg aku tkleh nk tahan dalam kelas tuh. Kadang2 tgh aku mengajar, diorg dok makan kat blakang. Ada juga yg slumber je duduk atas meja. ada juga yang Berjalan keliling kelas, jns tk suka nk duduk. Ada yg main kejar2.
Sememangnya bila aku kuar je dr kelas tu mood aku spoilt sepanjang hari itu. Kalau dah hari-hari aku masuk kelas tu. So maknanya hari-hari la juga mood aku terganggu.
SO esok aku CRK utk merehatkan minda...rs sgt seronok tak masuk kelas itu utk satu hari...huh
Friday, July 8, 2011
Thursday, June 23, 2011
Ini macam ka??
Hari ni seorang pelajar memberi surat tidak hadir ke sekolah. Surat yang ditulis oleh emak nya. Bila aku baca surat tu...Adoi, macam ni ke ayat bagi surat kat cikgu?

Adoi, tak menahan aku rasa macam nak gelak. Ini lah akibat kalau dulu tak mahu belajar bahasa melayu dengan betul. Contoh seperti di bawah:


Nama ditutup atas sebab keselamatan..hehe

Rasa mahu gelak guling-guling.
'Harga pamer tinggi-tinggi, potong harga tebal-tebal, kami tak main itu macam!'
Sampai sekarang aku tak faham apa maksud yang nak disampaikan..
Monday, June 20, 2011
Thursday, May 19, 2011
Best Giler jd penunggu di stadium ~ mata ke atas, tangan di bahu
Tajuk di atas bukan nya best pon. Actually lebih kepada perli..haha.. Minggu ni aku terlibat ngan MSSM. Jadi AJK Pertandingan. Sebenarnya aku udah malas nak terlibat ngan benda2 alah cmni sbb sebelum ni dah ada pengalaman. Pengalaman itu tak best langsung. Tapi apakan daya 'saya hanya menurut perintah'. Nama naik lagi untuk terlibat ngan keje2 sukan ni.
Sebenarnya hari ni sehari suntuk dok termenung je kat stadium seperti menunggu buah tak jatuh2. Apa tak nya arahan suh dtg tp bila smpai tkde plak bg apa2 keje. Yang kitorg ni dok tggu la dr pg smpai ptg hingga dekat nak mlm kalau2 ada apa2 arahan sampai tak berganjak keluar dr stadium tersebut.
Tapi aku kagum tul ngan tahap kesabaran rakan2 lain yang sanggup dok menunggu. Aku plak sangat tak suka bab tunggu menunggu ni. Tak kisah la tunggu apa, tunggu bas ke, tunggu giliran ke, tunggu orang ke atau pun tunggu arahan yg tak sampai2 cmni. Kalau ikut hati rasa nak blah je dr stadium td. Sampai dah rasa panas hati..Rasa nak bako je..(bak kata usop wilcha) Kita bako jer!..
So, harap esok jgn le ada lagi sesi tunggu menunggu ni.
Tuesday, May 17, 2011
Sambutan Hari Guru
Tahun ni merupakan tahun ketiga aku menyambut Hari Guru.. Tahun ni juga kali pertama aku menyambut Hari Guru bersama guru-guru sesi petang. Rasa sangat meriah dan macam-macam aktiviti diadakan..





Tahun ni juga kali pertama aku menyertai persembahan guru. Kumpulan Koir gitu!
Cun-cun kan cikgu skolah ni..Sila pilih mana satu idaman kalbu..haha

Hadiah yang diterima..Kebanyakan anak murid kelas sendiri yg bagi..thank you so much!

Gift dari student tapi salah eja plak nama cikgu..huhu

Kad Hari Guru dari Kelas PA.. Kebanyakan nya budak2 nakal yg bagi..hehe
Sunday, May 1, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Kuching ,Sarawak Part 3 (Last)
Pada hari ketiga barulah aku dapat merasa laksa sarawak..Aku memilih untuk bersarapan dengan laksa sarawak..uhh, pagi2 udah makan laksa..




Destinasi seterusnya ke Muzium Sarawak pulakk...Layan je la gambar..Tapi dalam muzium tak bleh tangkap gambar..huhu




Inilah laksa sarawak untuk sarapan pagi
Setelah bersarapan, kami menuju ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat orang utan. Bayaran masuk hanya rm3 sahaja..


Erm..mana orang utan ni?

Haaa...ini dia orang utan
Destinasi seterusnya ialah rumah panjang. Aku tak ingat le kat mana rumah panjang tu. Aku tak budget yg kami akan pergi masuk kampung orang. Ingatkan masuk show house je..Rupanya masuk btui2 tmpt diorg tggl...Plak tu kena bayar rm8..Rasa macam tak berbaloi dengan bayaran itu sbb bkn ada apa2 pun..Apa pun,bergambar tetap bergambar..
Destinasi seterusnya ke Muzium Sarawak pulakk...Layan je la gambar..Tapi dalam muzium tak bleh tangkap gambar..huhu
Salah satu bangunan muzium


Ok, sudah mahu pulang...Bye Bye Kuching..
Subscribe to:
Posts (Atom)


